Wednesday, May 18, 2011

Sehingga Aku Mencintainya...



"Hamba-Ku sentiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan perbuatan yang Aku cintai seperti yang Aku fardhukan ke atasnya, dan hamba-Ku tidak berhenti mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.
Apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengaran yang dia gunakan bagi mendengar. Aku menjadi penglihatan yang dia gunakan bagi melihat. Aku menjadi tangannya yang dia gunakan bagi memegang, dan kakinya yang dia gunakan bagi berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Aku melindunginya."

-Hadith Riwayat Bukhari


Tuesday, May 3, 2011

Cukup Berdoa Dari Kejauhan


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...


Kerana cukup berdoa dari kejauhan... Hakikatnya cinta itu milik Allah SWT. Maka cukup berdoa dari kejauhan. Namun hakikatnya, kamu telah mengangkat martabat cintamu yang suci daripada debu. Allahurabbi, murabbi cintaku, cintaku selamanya milik-Mu. Allah, terimalah aku menjadi bidadari di sisi-Mu selama-lamanya. Allah, terima kasih atas anugerah-Mu ini. Allah, bimbinglah cintaku hingga ke Jannah-Mu. Kerana definasi cintaku adalah mahu masuk syurga bersama-sama semua insan kesayanganku.
Ya Ilahi, kurniakanlah sebenar-benar cinta yang bisa membimbing kami ke jalan redha-Mu...
Cinta yang bisa menemani kami sehingga ke syurga...
Dan jadikanlah aku serikandi jua kekasih sejati seperti serikandi Saidatina Siti Khadijah... Agar ku mendapat redha-Mu dan bisa menjadi bidadari di dalam syurga-Mu kelak.
Namun, Ya ALLAH, jika hidupku tidak selama itu,
Maka kau izinkanlah aku menempah tempat di syurga-Mu dengan keredhaan-Mu meski ku seorang diri... Tidak, aku punya Kamu... Ya, aku punya Engkau, Ya Allah. 
Tenangkanlah hatiku dengan ayat-ayat cinta-Mu...
Izinkanlah aku memperolah cinta hakiki dan rindu abadi sebelum pemergianku buat selamanya....
Sesungguhnya kepada-Mu sahaja ku mohon segala pengharapanku kerana hanya diri-Mu yang tahu segala isi hati hamba-Mu yang hina ini. Aminn...

*Dan dia, ialah kamu. Rasulullah, keluargaku, dan sahabatku, kamulah semua cinta dan kesayanganku.

*Sabar itu indah. Indah itu syurga. Hasbunallah wa ni'mal wakil, al-Mumtahanah. Sesungguhnya, akulah pengemis cinta-Mu, Ya Rabbi.