Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Aku bahagikan solat antara-Ku dengan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."
Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Khaliq: Hamba-Ku telah mengingat-Ku.
Hamba: Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Khaliq: Hamba-Ku telah memuji-Ku.
Hamba: Yang menguasai hari pembalasan.
Khaliq: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.
Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Khaliq: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.
Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Khaliq: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.
Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Khaliq: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.
-Hadith Riwayat Muslim, At-Tarmizi, dan Al-Nasa'i
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak sah solat bagi yang tidak membaca Al-Fatihah." -Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak menitiskah airmata hatimu mengetahui apa yang diucapkan oleh ALLAH sebagai balasan ucapanmu?
Hakikatnya, layakkah kamu untuk mendapat segala yang dihajati apabila mengenangkan dosa-dosamu padaNya yang ibarat buih-buih di lautan?
Tidak layak, ya Allah, sungguh tidak layak...
Namun rahmat kasih-Mu tiada terperi, dan kami sungguh bersyukur atas segala yang Engkau beri..
Sungguh, Maha Pengampun dan Pengasih Rabbmu serta segala puji bagiNya, Pencipta yang kekal abadi.
Astaghfirullahal'azim... ampunkan dosa-dosa kami, ya Rahman...